PETALING JAYA – Seorang guru tuisyen ditahan selepas polis menerima lima laporan berhubung kes persetubuhan luar tabii dan amang seksual melibatkan lima mangsa pelajar lelaki tempatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian dipercayai berlaku di rumah suspek yang dijadikan pusat tuisyen.

“Laporan pertama diterima pada 6 Oktober lalu, diikuti laporan kedua pada 10 Oktober, manakala tiga lagi laporan diterima pada 11 Oktober lalu.

“Kesemua laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Bukit Jalil,” katanya dalam kenyataan hari ini.