London: British Cycling mengumumkan pelaksanaan "pelan tindakan" susulan satu tinjauan yang mendapati sebahagian responden dilaporkan menyifatkan Program Kelas Dunia badan berbasikal Britain itu sebagai "toksik".

Tinjauan sulit berkenaan dibiayai UK Sport dan dilaksanakan sebuah syarikat bebas awal tahun ini.

Menurut laporan The Times, hasil tinjauan itu menunjukkan kemerosotan semangat dalam kalangan pelumba dan kakitangan prestasi, manakala perkataan "toksik" muncul sebagai jawapan kedua paling kerap diberikan bersama satu lagi istilah apabila responden diminta menggambarkan program berkenaan.

"Kesejahteraan kakitangan dan pelumba adalah asas kepada segala yang kami lakukan di British Cycling.