Kuching: Perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak diteruskan menerusi kaedah penyampaian alternatif yang bersesuaian.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawa, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, langkah itu diambil susulan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak digantung sementara akibat tragedi nahas helikopter di Long Lellang, Baram, 8 September lalu yang mengorbankan lima nyawa.
Beliau berkata, antara kaedah yang digunakan sepanjang tempoh penggantungan itu ialah menggerakkan pasukan klinik bergerak menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) melalui jalan darat serta bot bagi kawasan yang boleh diakses menerusi sungai.
"Kerajaan akan terus menilai dan menambah baik kaedah penyampaian perkhidmatan kesihatan ke kawasan luar bandar dengan mengambil kira aspek keselamatan, keberkesanan dan kesinambungan perkhidmatan.









