Seoul: Mahkamah di Korea Selatan mengekalkan penggantungan selama dua bulan terhadap seorang pegawai tentera yang berulang kali meninggalkan kem tanpa kebenaran, memaki hamun anggota tentera dan melengahkan kelulusan permohonan cuti mereka, lapor The Korea Herald.
Mahkamah Daerah Busan pada 15 Oktober, semalam, menolak saman pegawai itu terhadap komander unitnya bagi membatalkan tindakan tatatertib berkenaan.
Rekod pintu keluar masuk menunjukkan pegawai itu memandu keluar dari kem sebanyak 64 kali ketika waktu bekerja pada hari biasa dalam tempoh 10 bulan tanpa memohon cuti atau melaporkan pemergiannya kepada komander.
Dalam pada itu, seorang komander pengawal memberi keterangan bahawa pegawai itu kerap meninggalkan kem dengan alasan seperti mahu 'memberi makan cicaknya' dan 'mencuci keretanya'.








