KUALA LUMPUR: Kejohanan Golf Amal Mazda ke-12 diadakan Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, dekat sini, baru-baru ini dengan dana dikutip disalurkan kepada lima organisasi yang menyediakan penjagaan dan perlindungan penting kepada golongan memerlukan.
Program selama dua hari anjuran Bermaz Motor Bhd itu menghimpunkan lebih 200 rakan niaga, wakil kerajaan, pelanggan Mazda, peminat golf serta anggota masyarakat yang antara lain juga bagi meraikan semangat kesukanan, perpaduan dan tujuan murni.
Penganjur dalam satu kenyataan berkata lima organisasi berkenaan mewakili pelbagai keperluan masyarakat, termasuk rawatan kanser, bantuan kebajikan serta penyediaan tempat perlindungan selamat untuk kanak-kanak dan golongan rentan.









