Palangkaraya, Indonesia: Irvan Maulana mengalami kesukaran bernafas dan batuk ketika asap kebakaran hutan menyelubungi bandar Palangkaraya di Indonesia. Namun, sebagai seorang doktor, beliau perlu terus memberikan rawatan kepada pesakit yang tidak putus-putus datang mendapatkan bantuan.
"Saya juga sakit, sesak nafas dan batuk, tetapi saya perlu memberikan rawatan... jadi saya teruskan juga," kata lelaki berusia 28 tahun itu kepada AFP pada Khamis ketika ditemui di sebuah klinik kesihatan awam.
Palangkaraya di Kalimantan, Indonesia, adalah antara kawasan paling teruk terjejas akibat krisis kebakaran hutan di negara itu, yang menyaksikan kebakaran memusnahkan ratusan ribu hektar kawasan tanah serta menyebabkan pencemaran udara merentasi rantau ini.








