Kuala Lumpur: Impian pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari untuk memburu final ketiga musim ini tidak kesampaian apabila perjalanannya terhenti di separuh akhir Kejohanan Terbuka Mesir 2026, semalam.
Dalam perlawanan itu, Sivasangari yang berdepan pemain pilihan utama kejohanan, Hania El Hammamy dari Mesir, bermula cukup baik dalam tiga permainan awal apabila berjaya mendahului 2-1 selepas mencatat keputusan 11-6, 10-12, 12-10.
Namun, pemain Mesir itu bangkit dalam dua permainan seterusnya untuk menang 11-0, 12-10 dalam pertarungan lima permainan, sekali gus mencatat kemenangan 3-2 ke atas Sivasangari bagi memastikan tiket ke final menjadi miliknya.
Meskipun tewas, pujian harus diberikan kepada pemain nombor lima dunia itu apabila berjaya memaksa lawannya bekerja keras hingga permainan terakhir dan hampir mencipta kejutan ke atas pemain tuan rumah berkenaan.









