KUALA LUMPUR: Stulang Laut di Johor merekodkan purata perbelanjaan tertinggi dalam kalangan residen mengikut stesen utama negara, iaitu sebanyak RM704 pada 2025 berbanding RM505 yang dicatatkan pada 2017.

Penemuan itu adalah antara maklumat yang diperoleh berdasarkan Laporan Penemuan Utama Perbelanjaan Residen Malaysia (PRM) 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Selain Stulang Laut, Terminal Feri Puteri Harbour di Johor turut mencatatkan purata perbelanjaan tinggi sebanyak RM567, manakala Bukit Kayu Hitam di Kedah merekodkan RM544.

Stesen Pengkalan Hulu di Perak dan Langkawi di Kedah masing-masing mencatatkan purata perbelanjaan sebanyak RM537 dan RM528, diikuti Rantau Panjang di Kelantan dengan RM445.