Kuala Lumpur: Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG Petronas bekerjasama dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Formula One Management (FOM) bagi menuntut kelonggaran peraturan had siling perbelanjaan sukan itu untuk penggunaan teknologi lestari tanpa menjejaskan daya saing di litar.
Timbalan Prinsipal Pasukan Mercedes-AMG Petronas Bradley Lord berkata, cabaran untuk mencapai kelestarian semakin rumit apabila pasukan itu mula memperkenalkan bahan mesra alam dalam komponen kereta lumba yang tertakluk kepada peraturan had siling perbelanjaan.
"Perjalanan ini menjadi semakin mencabar apabila kami mula mengubah suai kereta kerana kami memasuki bidang yang tertakluk kepada had siling perbelanjaan sekali gus menjadikannya lebih rumit untuk diuruskan.








