ADEN: Kumpulan Houthi melancarkan serangan peluru berpandu maut ke atas istana presiden di Aden, ibu kota sementara kerajaan Yaman, semalam.

Seorang menteri Yaman yang enggan dikenali mengesahkan serangan itu menyasarkan pusat arahan yang terletak di dalam kompleks Istana Presiden Al-Maashiq.

Ia digunakan oleh pasukan kerajaan Yaman dan gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang menyokong mereka,

Kumpulan Houthi yang disokong Iran merampas kawasan yang luas di sepanjang pesisir Laut Merah Yaman sejak beberapa minggu lalu, manakala serangan balas kerajaan dengan sokongan udara Arab Saudi setakat ini gagal menawan semula kawasan berkenaan.