RANTAU PANJANG: Unit Dron Bukit Aman membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 60,000 batang rokok putih yang dipercayai diseludup dari Thailand bernilai RM112,200 tengah di Kampung Banggol Kulim di sini malam tadi.
Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan selepas Unit Dron Bukit Aman mengesan beberapa individu sedang memunggah guni ke dalam sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram Kedap.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, suspek memecut kereta sehingga ke Kampung Bonggol Kulim.
Katanya, suspek kemudian meninggalkan kereta Proton Saga di kawasan semak sebelum melarikan diri dan gagal dikesan.









