Seremban: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Penzahiran Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (DTNS) dan Darjah Mulia Negeri Sembilan (DMNS) di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan penerima DTNS ialah Undang Luak Sungei Ujong Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari, Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Azrin Khairi dan Undang Luak Rembau Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid.
Tiga penerima DMNS ialah Tok Puan Sungei Ujong Sharifah Amirah Syed Ismail Ash-Shahab, Tok Puan Jelebu Datin Norazizan Mamat dan Tok Puan Rembau Asmah Yaakob.
DTNS ialah darjah kebesaran dianugerahkan khas kepada Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin manakala DMNS dianugerahkan khas kepada Tok Puan Undang Yang Empat serta Tunku Isteri, Tunku Besar Tampin.








