Kuala Lumpur: Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor tidak kisah sekiranya gagal membawa pulang tali pinggang kejuaraan dunia, asalkan impiannya untuk berdepan juara dunia dari Jepun, Nadaka Yoshinari menjadi kenyataan pada ONE SAMURAI 4 di Tokyo, esok.
Menurut Rifdean, dia tetap mahu menguji kemampuan diri menentang jaguh Jepun itu meskipun tidak layak merebut gelaran Juara Dunia Muay Thai ONE kategori atomweight selepas gagal melepasi ujian hidrasi.
Katanya, dia bersyukur kerana berjaya melepasi ujian timbangan berat badan.
"Alhamdulillah, berat saya lepas. Cuma hidrasi saja saya tak lepas. Tapi apa-apa pun, bukan soal tali pinggang. Ini soal saya memang nak berlawan dengan juara.








