HOUSTON, Texas – Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memperkenalkan kereta ‘terbang’ yang dilengkapi pendorong semasa siaran langsung di kemudahan syarikat roket SpaceX miliknya semalam.

Cabaran dari sudut kelayakan teknikal dan undang-undang kawal selia menghalang sektor kereta terbang yang diperkatakan oleh ramai orang daripada berkembang.

Musk memperkenalkan kereta sukan Roadster baharunya semasa majlis pelancaran di kemudahan ujian SpaceX di Texas.

Semasa demonstrasi yang disiarkan secara langsung di akaun X Tesla itu diadakan, kereta berkenaan meluncur ke udara dari tanjakan curam dan mendarat dengan sempurna.