SEREMBAN: "Sakit melahirkan arwah, tak setanding kesakitan saya rasa apabila kehilangannya," demikian kata Normah Parimin, 64.

Normah adalah ibu kepada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Allahyarham Mohd Azrul Rashid Yaakub, 42. yang maut selepas dirempuh lori ketika melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan lain di Kilometer 256.1 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) di sini, malam tadi.

Normah berkata, dia dikejutkan menantunya jam 11 malam memaklumkan anak sulung daripada tiga beradik itu sudah 'tiada'.

"Saya tanya balik kepada menantu, Along pergi mana tak ada, biasa dia balik jam 12 tengah malam.