​Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya lima sekolah di Nilai, Negeri Sembilan dikatakan menerima bungkusan misteri, hari ini.

​Berdasarkan perkongsian beberapa pengguna di Threads, turut disertakan gambar memaparkan kehadiran anggota dan pegawai polis termasuk kenderaan Unit Anjing K9 dan Unit Pemusnah Bom (UPB) berada di lokasi.

​Kehadiran aset PDRM terbabit menimbulkan tanda tanya orang ramai, namun setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada pihak berkuasa.

Harian Metro difahamkan satu kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak polis berhubung kejadian berkenaan dalam masa terdekat.