Johor Bahru: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kecederaan di lengan, kepala dan muka di tepi jalan dalam kejadian di Permas Jaya di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa yang juga warga tempatan berusia 67 tahun dipercayai maut akibat dipukul berkali-kali dengan objek tumpul di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Ng Swie Chait berkata, polis menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 4.54 petang.

"Susulan itu, kita memberkas seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun, dipercayai kurang siuman yang terbabit dalam kejadian berkenaan.