Seremban: Polis menemukan sebilah pisau di atas tilam di dalam bilik utama kediaman pegawai agensi kerajaan yang dipercayai dibunuh suaminya di sebuah unit kediaman kakitangan awam di daerah ini, semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, senjata berkenaan dijumpai selepas ditunjukkan sendiri oleh suspek ketika pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian.
"Pisau itu disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian dan diambil untuk tindakan serta pemeriksaan forensik," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Khamis, seorang lelaki dilaporkan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan mendakwa membunuh isterinya








