KUALA LUMPUR: Laporan Statistik Jenayah Malaysia 2025 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan kes penipuan bersemuka dan kesalahan berkaitan dadah merekodkan angka tertinggi sepanjang tempoh berkenaan.
Berdasarkan infografik rasmi diterbitkan menerusi data Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), sejumlah 69,001 kes penipuan bersemuka termasuk perbuatan membabitkan penipuan, pemalsuan atau rasuah direkodkan.
Selain itu, jenayah membabitkan dadah terkawal atau bahan psikoaktif lain merekodkan sejumlah 152,856 kes positif urin.
Jenayah siber pula mencatatkan 1,486 kes di bawah seksyen keselamatan awam dan negara.









