MASJID TANAH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan senarai calon mewakili parti itu untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah lengkap dan sedia untuk diumumkan bila-bila masa.
Ketua Menteri Melaka itu berkata beliau tidak akan mengambil masa lama untuk mengumumkan calon BN memandangkan hari penamaan calon semakin hampir.
"Insya-Allah semua (senarai calon) dah siap. Kita akan beritahu dalam masa yang terdekat... bila-bila masa," katanya selepas menghadiri Program Sembang Santai Geng E-Hailing dan P-Hailing di Kampung Pulau, di sini sebentar tadi.








