Kuala Lumpur: Perbincangan mengenai senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai lebih 95 peratus, kata Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata pengumuman calon PH dijadualkan pada 24 Okt ini dengan lokasi akan diumumkan kemudian.

"Insya-Allah, calon-calon yang akan mewakili Pakatan Harapan akan diumumkan pada 24 Ok ini. Perbincangan di peringkat parti setakat ini, saya kira telah lebih 90 hingga 95 peratus selesai," katanya ketika hadir sebagai tetami program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Belanjawan 2027: Memperkasa Komunikasi, Memacu Ekonomi Jingga" di sini hari ini.

Beliau berkata perbincangan senarai calon dimulakan di peringkat parti komponen PH sebelum parti yang bertanding di sesuatu kerusi boleh mengadakan rundingan dengan pihak lain, sekiranya perlu.