London: Pengendali Bournemouth, Marco Rose mahu kekalahan besar 1-5 kepada Chelsea menjadi tamparan berguna buat anak buahnya untuk bangkit apabila melayan kunjungan Sturm Graz dalam aksi Liga Europa di laman sendiri, Khamis ini.

Bournemouth yang membuat penampilan sulung dalam Liga Europa musim ini memulakan kempen dengan kemenangan 2-1 ke atas Real Sociedad, namun prestasi mereka merosot selepas itu apabila tewas 0-1 kepada Liverpool sebelum dibelasah Chelsea di Stamford Bridge, Sabtu lalu.

Lebih mengecewakan, Bournemouth melepaskan dua gol dalam tempoh tiga minit pertama ketika berdepan Chelsea, sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk bangkit dalam perlawanan berkenaan.

Rose menegaskan pasukannya perlu segera memberikan reaksi positif, terutama ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri dalam perlawanan Eropah pertama kelab itu di laman sendiri.