KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun diberkas bagi membantu siasatan dakwaan memperkosa rakan sekolahnya di sebuah pasar di bandar raya ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, penangkapan itu berikutan aduan dibuat ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini, pada pukul 1.30 pagi.

“Terdahulu, wanita tersebut mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang pengawal keselamatan sebuah pasar yang telah menjumpai anak perempuan berusia 15 tahun dalam keadaan tidak senonoh bersama suspek.

“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga mendakwa diperkosa suspek yang juga ‘senior’ sekolahnya,” katanya di sini hari ini.