Ipoh: Lebih 35 buah rumah dilaporkan terjejas akibat ribut yang berlaku di beberapa kawasan sekitar daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) hari ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) LMS Kapten (PA) Ahmad Fakhrur Razi Md Noor berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira 3.30 petang melalui aduan yang dikemukakan oleh Pejabat Penghulu Mukim Matang.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada hujan lebat berserta angin kencang dan berlarutan selama kira-kira sejam bermula 3 petang.
"Cuaca buruk itu telah menyebabkan bumbung beberapa rumah penduduk diterbangkan angin, selain kejadian pokok tumbang di beberapa buah kampung sekitar Mukim Matang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.









