DAMSYIK: Syarikat Petroleum Syria memaklumkan sebuah saluran paip minyak di timur laut negara itu rosak dalam serangan sabotaj, insiden ketiga seumpamanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Perang saudara selama bertahun-tahun sebelum kejatuhan pemerintah lama Bashar al-Assad pada akhir 2024 memusnahkan sektor minyak, gas dan elektrik Syria, menyebabkan negara itu sangat bergantung kepada import untuk memenuhi keperluannya.
Dalam satu kenyataan, Syarikat Petroleum Syria berkata, saluran paip berhampiran kawasan Tal Hamis di Gabenor Hasakah menjadi sasaran serangan sabotaj pada pukul 6 pagi Rabu, 7 Oktober (waktu tempatan), mengakibatkan saluran paip itu rosak.
Menurut syarikat itu, pasukan penyelenggaraan sedang berusaha untuk mengasingkan bahagian yang rosak serta memulakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ftigaberadik1333_209214.png&w=480&output=webp&q=85&we)
