mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bahang persaingan Zon Tengah/Selatan Kejohanan Sepaktakraw Liga Takraw Nasional 2026 semakin terasa apabila lapan kumpulan sudah ditetapkan menerusi undian, sekali gus membuka jalan kepada pertembungan sengit di Kompleks Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan, esok dan lusa.

Undian kali ini dilihat cukup seimbang dengan setiap kumpulan dihuni tiga regu, namun tiada ruang untuk mengambil mudah apabila setiap kemenangan pastinya menjadi taruhan penting dalam usaha memburu keputusan terbaik.

Daftarkan regu bagi Zon Tengah-Selatan di https://forms.gle/jArxA3gGSeKd18aV9

Kumpulan A menyaksikan Voltrace, Mambau A dan KV Johor diundi bersama, manakala Kumpulan B pula membariskan KST Naga Rimba, Warisan A dan Mahkota.