am@hmetro.com.my

Seremban: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim menegaskan, urusan pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa dan lancar meskipun ketiadaan barisan EXCO.

Beliau berkata, ketiadaan barisan EXCO sama sekali tidak mengganggu atau menjejaskan apa-apa urusan, termasuk dalam membuat sebarang keputusan atau meluluskan sebarang dasar.

"Dasar kita sudah ada dan kita tidak buat dasar setiap tahun. Tak timbul soal dasar dan sekarang ini pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan baik.

"Buat sementara ini tidak menjejaskan apa-apa. Hari ini dalam pelantikan ketua kampung semua ok, tak ada terganggu. Ok sahaja.