HO CHI MINH: Tourism Malaysia memperkukuh hubungan dengan komuniti perniagaan pelancongan Vietnam dan komuniti perniagaan Malaysia menerusi satu siri aktiviti industri di Bandar Raya Ho Chi Minh, yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim.

Penglibatan ini memberi peluang untuk meluaskan kerjasama perniagaan, meningkatkan kesedaran tentang Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan meneroka peluang perniagaan baharu dalam pasaran Vietnam, bagi menyokong usaha promosi *Visit Malaysia* 2026–2027 yang telah dilanjutkan tempohnya sehingga tahun 2027.

Semasa lawatan tersebut, Mohd Amirul Rizal berinteraksi dengan ejen pelancongan utama dan pihak berkepentingan industri pelancongan melalui sesi rangkaian, termasuk majlis makan tengah hari dan makan malam.