am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Sebanyak 169,346 MyKad generasi baharu sudah dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara sehingga 6 Oktober lalu.

Ketua Pengarahnya Datuk Badrul Hisham Alias berkata, Kuala Lumpur merekodkan jumlah pengeluaran tertinggi iaitu sebanyak 20,592 MyKad, diikuti Johor dengan 18,871 MyKad.

Menurutnya, tiga negeri lain yang mencatatkan jumlah pengeluaran tertinggi ialah Sarawak sebanyak 15,700, Sabah (13,711) dan Selangor (13,425).

"Terengganu pula mencatatkan pengeluaran 6,227 MyKad generasi baharu setakat ini," katanya pada sidang media selepas Program Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, di sini, hari ini.