nooratiqah.sulaiman@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mempersoalkan sama ada kadar 63 peratus pegawai perubatan (MO) yang melapor diri selepas ditawarkan penempatan tetap di Sabah dan Sarawak benar-benar diterjemahkan kepada pertambahan tenaga kerja di hospital yang memerlukan.

Presidennya, Dr L Sivanaesan berkata, maklum balas diterima daripada cawangan MMA Sabah menunjukkan beberapa jabatan hospital masih berdepan kekurangan MO.

Katanya, kekurangan itu menyebabkan ada di antara doktor yang perlu menjalani tugasan 'on-call' secara selang sehari (EOD), dengan doktor perkhidmatan kesihatan awam bekerja secara berterusan sehingga 33 jam.

"Walaupun kami mengalu-alukan perkembangan itu, maklum balas yang diterima menunjukkan angka berkenaan mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar tenaga kerja di lapangan.