puterialia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelawak, Jep Sepahtu, 41, meluahkan rasa kesal terhadap anggota kumpulan Sepah, Shuib yang didakwa terus memainkan sentimen persahabatan demi kepentingan publisitinya.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Jep, atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, menegaskan dia sudah memohon maaf walaupun pelbagai perbuatan telah dilakukan terhadapnya sebelum ini serta mengakui terlalu jemu dengan konflik yang berterusan.

Jep turut meluahkan rasa terkilan apabila mesej peribadinya tidak dibalas, dan meminta Shuib untuk tidak berlakon di hadapan umum seolah-olah menjadi seorang rakan yang baik dalam persahabatan.

"Aku dah minta maaf walaupun macam-macam dah kau buat kat aku. Aku dah tersangat muak dengan isu ini.