BELURAN: Seorang guru maut, manakala tiga murid cedera apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Pamol-Sapi Nangoh, di sini, hari ini.
Difahamkan, insiden kira-kira jam 12.30 tengah hari berlaku ketika mangsa wanita berusia 25 tahun yang memandu Perodua Aruz sedang dalam perjalanan bersama tiga murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai ke Beluran untuk menghadiri perkhemahan.
Setakat ini, identiti semua mangsa terbabit belum diperoleh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Nur Azlan Shah Jamalludin, berkata kejadian membabitkan Perodua Aruz terbabit dan sebuah Toyota Hilux.
"Ketika pasukan bomba tiba di lokasi, guru wanita terbabit didapati sudah dikeluarkan oleh orang awam.








