norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyeru kerajaan untuk memperkukuh sokongan terhadap industri muzik Malaysia menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada petang esok.

RIM menerusi kenyataan dikeluarkan persatuan itu berharap agar bidang muzik diiktiraf sebagai penyumbang penting kepada ekonomi kreatif negara serta sumber kandungan digital dan harta intelek yang semakin bernilai.

Industri muzik Malaysia menunjukkan potensi ekonomi ketara, berdasarkan Economic Impact Study of the Malaysian Music Industry yang dijalankan oleh firma perunding antarabangsa terkemuka dikenali, PwC bagi tempoh 2016 hingga 2020, Industri muzik tempatan didapati berupaya menjana kira-kira RM19.4 bilion dalam 'output' ekonomi setiap tahun, sekali gus menyumbang RM531 juta dalam kutipan cukai tahunan dan menyokong purata 111,000 pekerjaan setahun di Malaysia.