KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) memohon peruntukan secukupnya dalam Belanjawan 2027 bagi menampung keseluruhan keperluan penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, KKR memerlukan peruntukan antara RM5 hingga RM6 bilion bagi memastikan kualiti dan keselamatan jalan raya berada pada tahap optimum.

Bagaimanapun, katanya bagi tahun ini KKR hanya menerima peruntukan RM3.18 bilion dengan RM2.08 daripadanya diperuntukkan bagi Semenanjung Malaysia, manakala Sabah (RM640 juta) dan Sarawak (RM461 juta).

“Oleh itu, kita memohon daripada Kementerian Kewangan dalam bajet akan datang supaya diberikan peruntukan yang secukupnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.