KUANTAN – Seramai 12 orang terdiri daripada 10 warga China dan masing-masing seorang warga India dan Myanmar ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti scam susulan serbuan Jabatan Imigresen ke pusat peranginan Lake Castle Resort, Sungai Lembing yang dijadikan markas scam.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kesemua individu berusia 21 hingga 35 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan penipuan pelaburan dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari China dan Eropah.
Katanya seorang lelaki warga China berusia 35 tahun ditahan ketika memasuki premis itu manakala 11 lagi berjaya ditahan di sekitar daerah ini.
“Dalam serbuan tersebut polis turut merampas 14 telefon bimbit, tujuh komputer, sebuah komputer riba, dua unit ‘router’ Wi-Fi, sebuah kenderaan serta satu unit alat kawalan jauh kenderaan dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM215,000..








