KUALA LUMPUR: Pelbagai produk makanan dan minuman keras bernilai lebih RM1 juta dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, hari ini.
Komander Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB)/Perisikan Siasatan Khas (PSK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zaki Ashar, berkata lima individu turut ditahan dalam Op Taring Alpha 5 pada jam 11.30 pagi.
Katanya, empat daripada mereka warga Myanmar dipercayai bertugas sebagai penyelia dan pekerja premis, manakala seorang lagi pengurus premis.
"Bertindak atas maklumat diterima, pasukan operasi memeriksa sebuah premis yang disyaki digunakan sebagai lokasi penyimpanan, penjualan dan pengedaran produk makanan yang tidak memenuhi keperluan serta kelulusan ditetapkan pihak berkuasa.






