KUANTAN: Polis menahan 12 warga asing dipercayai terbabit dalam sindiket pusat panggilan penipuan pelaburan dalam talian yang menyasarkan mangsa di China dan Eropah dalam serbuan di sekitar daerah ini, semalam.

Penahanan itu mempunyai kaitan dengan serbuan Jabatan Imigresen (Imigresen) di sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata mereka ditahan adalah 10 lelaki warga China, seorang lelaki warga India dan seorang wanita warga Myanmar, berusia antara 21 hingga 35 tahun.

Katanya, operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Kuantan.

"Bertindak atas maklumat, pasukan risikan operasi JSJK Pahang menjalankan pemantauan di sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing semalam dan menahan seorang lelaki warga China berusia 35 tahun ketika memasuki kawasan premis terbabit.