nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Kelantan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan kerajaan negeri dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas membayar ganti rugi§ RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, susulan keputusan mahkamah itu, pihaknya turut menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikannya bagi membincangkan perkara berkenaan secara teliti.
"Hari ini, kita membincangkan isu berkenaan secara khusus. Insya-Allah kita akan membuat rayuan selain menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan saya sendiri.
"Kita akan lihat nanti di mana kelemahan dari sudut representasi dalam mahkamah kerana kes berkenaan tidak sepatutnya kita kalah.










