mahaizura@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Ibu negara, Kuala Lumpur menduduki tangga teratas dalam ranking bandar utama paling tercemar di dunia apabila merekodkan kualiti udara kategori tidak sihat pada hari ini.
Berdasarkan rekod World Air Quality Ranking yang melaporkan secara langsung kualiti udara dari syarikat teknologi kualiti udara berpangkalan Switzerland IQAir,
Kuala Lumpur merekodkan indeks kualiti udara (AQI) 199, setakat tengah hari ini.
Bacaan itu meletakkan Kuala Lumpur mengatasi Singapura dengan AQI 198 diikuti Dhaka, Bangladesh dan Lahore, Pakistan masing-masing mencatatkan AQI 180 dan 171.








