SEPANG: Perkhidmatan Aerotrain akan menjalani kemas kini perisian secara berjadual selepas berjaya melengkapkan 20,000 jam operasi berterusan bagi memperkukuh ketahanan operasi sistem serta menyokong prestasi jangka panjang mod pengangkutan itu.

Kemas kini tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa, dengan perkhidmatan Aerotrain dihentikan sementara pada waktu kejuruteraan standard luar waktu puncak iaitu dari pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Menurut Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), sejak penyelesaian pelaksanaan Pelan Tindakan Komprehensif pada Jun lalu, sistem berkenaan mengekalkan ketersediaan sebanyak 99.9 peratus.

“Dalam tempoh 1.5 tahun lalu, Aerotrain telah melengkapkan 167,481 perjalanan pergi balik serta membawa kira-kira 23.55 juta penumpang.