PETALING JAYA: Aerotrain KLIA akan melalui kemas kini perisian berjadual untuk meningkatkan ketahanan operasi dan menyokong prestasi jangka panjang selepas mencapai 20,000 jam operasi berterusan.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, kerja kemas kini itu akan dilaksanakan dalam dua fasa, dengan perkhidmatan aerotrain digantung mulai tengah malam ini hingga 5 pagi esok.
Fasa pertama membabitkan ujian lapangan dari 8 hingga 17 Okt akan menyaksikan kemas kini perisian dipasang dan diuji dalam keadaan operasi sebenar bagi memastikan prestasi serta fungsinya.






