PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi TalentCorp melancarkan garis panduan permohonan permit masuk bagi pasangan warga asing dan anak kepada penerima Returning Expert Programme (REP).
Garis panduan dibangunkan bersama Imigresen itu bertujuan memberi rujukan lebih jelas kepada profesional Malaysia di luar negara yang mempertimbangkan untuk pulang bersama keluarga.
Ia merangkumi syarat kelayakan, dokumen diperlukan dan tatacara permohonan bagi pasangan warga asing serta anak kandung berumur bawah 18 tahun.
Pasangan dan anak yang memperoleh Permit Masuk boleh memohon taraf pemastautin tetap (PR), tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan.






/file/attachments/orphans/SPR1_363894.png)
