am@hmetro.com.my
Bera: Seorang lelaki cedera dipercayai ditumbuk individu tidak dikenali ketika operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasik Bera, semalam.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan penguat kuasa diketuai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menjalankan operasi di Kampung Lubuk Tambangan pada 1.20 tengah hari.
Katanya, ketika operasi berlangsung, sekumpulan masyarakat Orang Asli melakukan provokasi dan cuba menghalang tindakan penguatkuasaan yang sedang dijalankan.
"Dalam kejadian itu, seorang orang awam cedera selepas dipercayai ditumbuk individu tidak dikenali.










