surayaroslan@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Dua anggota Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan mereka bertindak sebagai 'ulat' atau 'counter setting' ketika menjalankan tugasan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1).

Kedua anggota itu mendakwa mereka dikasari secara fizikal oleh Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kejadian 28 September lalu ketika mereka sedang menjalankan tugas rasmi.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi peguam mereka, Datuk Kamal Hisham Ja'afar daripada Kamal Hisham & Associates, di sini, hari ini.

Kamal Hisham berkata, dakwaan terhadap kedua anak guamnya tidak seharusnya mengalihkan perhatian daripada isu utama yang sedang disiasat, iaitu dakwaan berlaku kekasaran fizikal terhadap mereka ketika menjalankan tugas rasmi.