zanariah_mutalib@bh.com.my
Kuala Lumpur: Beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kelewatan kemajuan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ia susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 yang mendapati, projek LCS lewat 7.55 peratus daripada jadual sehingga 25 Jun lalu, sekali gus menimbulkan risiko terhadap penyerahan fizikal (PHO) LCS 1, yang dijangka turut memberi kesan kepada PHO LCS 2 hingga LCS 5.
Kelewatan itu dilaporkan berlaku susulan sistem pelancar peluru berpandu antikapal (NSM) yang masih belum tersedia selepas permit eksportnya dibatalkan secara kekal oleh Kerajaan Norway.








