nurul_husna@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Kursus keibubapaan perlu diwajibkan sebagai antara langkah menangani peningkatan kes buli dan keganasan dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan.
Pakar kaunseling merangkap perunding motivasi, Hushim Salleh berkata, tindakan berkenaan penting bagi mendedahkan ibu bapa kepada ilmu mendidik anak mengikut cabaran era moden, khususnya dalam aspek akhlak, adab dan pengurusan emosi.
Beliau turut menggesa Kementerian Pendidikan (KPM), pihak sekolah menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta wakil rakyat mewajibkan program pendidikan keibubapaan.
"Saya bimbang dengan trend keganasan serta tekanan emosi yang meruncing dalam kalangan remaja sekolah ketika ini.










