sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kejayaan Harimau Malaya menamatkan kempen Piala FIFA ASEAN 2026 tanpa kalah tidak seharusnya menjadi ukuran mutlak kemampuan skuad negara, sebaliknya perancangan lebih besar perlu dirangka jika Malaysia mahu pergi lebih jauh di pentas Asia.
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli, berpandangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu melihat semula perancangan jangka pendek dan panjang skuad kebangsaan sebelum membuat keputusan mengenai kedudukan Tan Cheng Hoe yang kini menggalas tugas sebagai jurulatih sementara.
Beliau mengakui keputusan yang dicatat Cheng Hoe dalam Piala FIFA ASEAN cukup positif, namun berpandangan pencapaian itu tidak seharusnya dijadikan penanda aras tunggal untuk menentukan hala tuju pasukan.









