KUALA LUMPUR: Kaukus Palestin Parlimen Malaysia akan menghantar usul mengenai genosid di Gaza kepada Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk dipertimbangkan bagi dibahaskan pada minggu depan.
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata pihaknya percaya walaupun minggu depan terdapat perbahasan Belanjawan 2027, ruang untuk berbahas mengenai perkara itu dapat diberikan.
"Sebenarnya ada ruang atas budi bicara Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul untuk meluluskan usul dan memberi ruang berbahas terlebih dahulu.
"Justeru, saya harap ruang itu dapat diberikan sepenuhnya di Dewan Rakyat dan masa yang mencukupi diperuntukkan bagi membolehkan perbahasan yang substantif serta penyertaan ahli Parlimen merentas parti," katanya pada sidang media sempena peringatan tiga tahun genosid di Gaza, di Parlimen, di sini, hari ini.










