harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan RM1 juta bagi Dana Pembiayaan Penilaian Harta Intelek bagi membantu menampung kos perkhidmatan penilaian harta intelek secara profesional.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dana itu diberikan kepada syarikat tempatan yang layak dinilai secara sistematik dan diiktiraf.
"Oleh itu, aset tidak ketara milik syarikat membabitkan harta intelek dapat diberikan nilai secara rasmi bagi menyokong urusan pembiayaan perbankan, pelesenan dan pelaburan.
"Langkah ini penting khususnya kepada syarikat pemula (start-up) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan teknologi yang memiliki aset harta intelek bernilai.









