redzuan.muharam@hmetro.com.my

Mukah: "Macam mana nak sebut? Nak panggil apa?"

Itu soalan sering diterima oleh Aruizrickaristian Patrick, 28, atau mesra disapa Aruiz setiap kali berkongsi kisahnya yang mempunyai ejaan nama yang panjang.

Aruiz yang bekerja sebagai kerani am dan penyelia kualiti di sebuah kilang berkata, namanya adalah gabungan nama ibu juga bapanya.

Menurut Aruiz, bukan hanya dirinya malah empat adik beradik yang lain juga mempunyai nama unik cuma ejaannya paling panjang di antara mereka.